~Panduan Memberi Nama Anak~

Daftar Isi [Tutup]
    Bismillahir Rohmaanir Rohiim

    ~Panduan Memberi Nama Anak~

    Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi bapak/ibunya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

    Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai nanti di akherat. Nama inilah yang akan tercatat dalam akte kelahirannya, id pengenal, surat kematian dlsb

    Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

    Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

    1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bagian daripada namanya’. Hakikat ini oleh Ibnul Qayyim dikatakan: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

    2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Sama ada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang disukai.

    3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapak bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapaknya.Ataupu
    n meminta orang lain yang memberikan nama yang bagus, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam meletakkan nama anak-anak mereka.

    4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapaknya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Alloh Subhanahu Wata'ala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapak-bapak mereka”.

    5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya bagus, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

    6) Contoh nama-nama yang digemari syar'i ialah;

    - Abdullah dan Abdul Rahman
    - Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
    - Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
    - Nama orang-orang sholeh, seperti nama-nama sahabat.

    7) Menghindari daripada memberi nama-nama yang haram.

    Seperti:

    - Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Alloh, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan sejenisnya.
    - Nama yang khas untuk Alloh saja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
    - Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
    - Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
    - Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

    8)Sebisanya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:

    - Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
    - Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
    - Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
    - Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
    - Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak bagus, contohnya: Himar (Keledai), dan Al-Kalb (Anjing).
    - Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan sejenisnya.
    Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
    - Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan saja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

    9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syar'i, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rosululloh Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Diriwayatkan oleh Tirmizi.

    Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syar'i. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

    -by Abu Umair
    -edit seperlunya oleh T.rindhu

    Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain.insyaAlloh.
    Tinggalkan Komentar