Aurat & Wanita

Daftar Isi [Tutup]
    Bismillaahir Rohmaanir Rohiim...

    Aurat & Wanita

    AURAT diambil daripada perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban manakala dalam istilah fiqih, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

    Perintah menutup aurat sebagaimana firman Allah bermaksud:

    dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.(Surah al-Ahzab, ayat 33)

    Ayat itu menerangkan hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana wajibnya mengerjakan sembahyang, berzakat dan memenuhi perintah Allah yang lain.

    Menutup aurat juga mengelakkan wanita Islam daripada fitnah selain memudahkan mereka untuk dikenali dan membedakan dengan wanita kafir.

    Firman Allah bermaksud:
    Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.(Surah al-Ahzab, ayat 59)

    Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikut garis panduan syari' antaranya:

    · Pakaian itu hendaklah menutup aurat

    · Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

    Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah Shollallohu Alaihi wa-Sallam telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah menghadiahkan kain itu kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.suatu hari Rasulullah Shollallohu Alaihi wa-Sallam bertanyakan Usamah: Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab: Saya telah berikan kepada isteri saya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Usamah: Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).

    · Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

    Selain itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain itu boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.

    · Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

    · Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

    Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shollallohu Alaihi wa-Sallam bersabda maksudnya:
    Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.

    · Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

    Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita.

    Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, dipandang dengan penuh rasa hormat serta diberi penghormatan tinggi bersesuaian sifat mereka yang pemalu dan bersopan-santun.
    begitu juga sebaliknya wanita yang enggan menutup aurat berarti ingkar perintah Allah,di hinakan Allah dan di laknati Rasul dan para malaikat-Nya.
    Tinggalkan Komentar