MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA

Daftar Isi [Tutup]
    Bismillaahir Rohmaanir Rohiim

    MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA

    Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja
    seperti mereka?

    1.Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

    2.Mereka bekerja keras menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau.

    3.Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja seperti ini untuk menghidupi keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

    Beberapa persoalan :
    -Pernahkah anda menyapa mereka ?
    -Pernahkah anda menggembirakan mereka?
    -Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
    -Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bertepatan hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
    -Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?

    Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah ha kecil dan sepele tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..

    Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih dekat. Dia bekerja sebagai buruh pemungut sampah di siang hari dan kemudiannya malamnya bekerja sebagai kuli panggul di pasar lokal guna menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menghidupi 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga sholatnya.

    Lebih mengagumkan lagi,beliau masih turut membayar zakat ,walau pun pernah diberitahu bahawa hasil pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.

    Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!
    Tinggalkan Komentar