Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

Daftar Isi [Tutup]
    Bismillaahir Rohmaanir Rohiim

    Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

    RASULULLAH shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, yang bermaksud: "Seorang
    isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suaminya tersenyum.

    Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada
    suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

    Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berhasil mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

    Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.
    Justeru, penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sesuatu kesalahan pada hari itu.

    Sebuah hadist ada menyebut bahawa apabila seorang suami
    bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari.

    Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

    Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi
    pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

    Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk
    menjadi seorang isteri yang sholehah, yang bertaqwa, berakhlak mulia taat dan berbakti kepada suami.

    Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka
    perbanyak mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami
    Tinggalkan Komentar