KUBUR BERKATA-KATA

Daftar Isi [Tutup]

    Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a.
    meninggal dunia maka jenazahnya telah
    diusung oleh 4 orang, antara :

    1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
    2. Hasan (anak Fatima r.a)
    3. Husin (anak Faimah r.a)
    4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

    Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan
    di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-
    Ghifary r.a berkata kepada kubur,
    "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
    siapakah yang kami bawakan kepada
    kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
    adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
    Rasulullah s.a.w."

    Maka berkata kubur, "Aku bukannya
    tempat bagi mereka yang berdarjat atau
    orang yang bernasab, adapun aku
    adalah tempat amal soleh, orang yang
    banyak amalnya maka dia akan
    selamat dariku, tetapi kalau orang itu
    tidak beramal soleh maka dia tidak
    akan terlepas dari aku (akan aku
    layan dia dengan seburuk-buruknya)."

    Abu Laits as-Samarqandi berkata
    kalau seseorang itu hendak selamat
    dari siksa kubur hendaklah melazimkan
    empat perkara semuanya :-

    1. Hendaklah ia menjaga solatnya
    2. Hendaklah dia bersedekah
    3. Hendaklah dia membaca al-Quran
    4. Hendaklah dia memperbanyakkan
    membaca tasbih kerana dengan
    memperbanyakkan membaca tasbih, ia
    akan dapat menyinari kubur dan
    melapangkannya.

    Adapun empat perkara yang harus
    dijauhi ialah :-
    1. Jangan berdusta
    2. Jangan mengkhianat
    3. Jangan mengadu-domba (jangan
    suka mencucuk sana cucuk sini)
    4. Jangan kencing sambil berdiri

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
    bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari
    kencing, kerana sesungguhnya
    kebanyakan siksa kubur itu berpunca
    dari kencing."

    Seseorang itu tidak dijamin akan
    terlepas dari segala macam siksaan
    dalam kubur, walaupun ia seorang alim
    ulama' atau seorang anak yang
    bapanya sangat dekat dengan Allah
    s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak
    memandang adakah orang itu orang
    miskin, orang kaya, orang berkedudukan
    tinggi atau sebagainya, kubur akan
    melayan seseorang itu mengikut amal
    soleh yang telah dilakukan sewaktu
    hidupnya di dunia ini.

    Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa
    kita akan dapat menjawab setiap
    soalan yang dikemukakan oleh dua
    malaikat Mungkar dan Nakir dengan
    cara kita menghafal. Pada hari ini kalau
    kita berkata kepada saudara kita yang
    jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t.
    dan takutlah kamu kepada soalan
    yang akan dikemukakan ke atas kamu
    oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka
    mereka mungkin akan menjawab, "Ah
    mudah sahaja, aku boleh menghafal
    untuk menjawabnya."

    Itu adalah kata-kata orang yang
    tidak berfikiran. Seseorang itu tidak
    akan dapat menjawab setiap soalan di
    alam kubur jikalau dia tidak
    mengamalkannya sebab yang akan
    menjawab ialah amalnya sendiri.
    Sekiranya dia rajin membaca al-Quran,
    maka al-Quran itu akan membelanya
    dan begitu juga seterusnya.

    Ya Allah, Matikanlah aku dan setiap
    orang yang Like status ini, dalam
    keadaan Husnul khotimah.
    =====================
    Amin Ya Robbal Alaminn
    Tinggalkan Komentar