°♥✿.❀/ MENGUNGKAPKAN DALAM KESABARAN °♥✿.❀/

Daftar Isi [Tutup]



    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam. Shalawat serta salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga, shahabat dan pengikutnya sampai hari akhir.
    -----------------------------------------------
    “Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslim.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)

    Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

    وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
    الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

    “Dan benar-benar akan Kami berikan ujian kepada kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka itulah yang mendapat selawat (keselamatan) yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)

    Allah Ta’ala memberitahu kita bahawa Dia akan menguji para hamba-Nya dengan kesenangan dan kesusahan, rasa takut, lapar, hilangnya harta, hilangnya orang yang disayangi, dan merosotnya hasil bumi. Ini semua adalah termasuk bentuk-bentuk ujian yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar dengannya maka ia mendapat pahala melimpah-ruah dan khabar gembira di Syurga, sebaliknya sesiapa yang putus-asa, maka ia sendiri yang rugi malah akan beroleh azab.

    Dari itu, sesiapa yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan yang dihadapinya sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah, bererti dia telah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia lagi terpuji
    Tinggalkan Komentar