•.¸.••..•♥ RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS •.¸.••..•♥

 بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Segala puji hanya bagi Allah SWT, shalawat dan salam semoga tetap
tercurahkan kepada baginda Rasulullah SAW, dan aku bersaksi bahwa
tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang
Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad
adalah hamba dan utusan -Nya.
==========================
sebelum mata terlelap buat seketika.Tergerak hati ingin aku kongsikan bila mana membaca perihal ini.Moga menimbulkan rasa bertuahnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad SAW

Bila terbaca A R T I K E L ini terasa layakkah kita.Dimana kita letakkan Rasulullah SAW dalam hati kita?Begitu banyak kelebihan yang aku janjikan.Menjadi umat pertama memasuki syurga yang penuh dengan kenikmatan.Alhamdulillah.Ucaplah bersama-sama di dalam hati.Sama-sama merenungi cerita ini.
☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼♥☼☼

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada iblis,
"Wahai iblis,apakah ikhtiarmu untuk umatku?Aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan manusia agar beriman kepada Allah SWT."

Iblis menjawab pertanyaan Rasulullah,
"Ya Rasulullah demi kemulaianmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia daripada mengikut ajaranmu.Akan aku mencampurkan lelaki dengan perempuan agar aku dapat mencelahi ditengah-tengahnya."

Rasulullah mempersoalkan lagi,
"Wahai iblis,apa lagi yang engkau mushkilkan?"

"Ya Muhammad,sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara.Iaitu mereka mencintai Allah tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.Kedua mereka sangat membenci tabiatku tetapi masih mahu mengikut hasutanku."Jawab Iblis.

Firman Allah kepada Iblis,
"Sesungguhnya engkau adalah makhluk terkutuk,demi kemuliaanKu,akan aku berikan berikan umat Muhammad dengan dua kegembiraan,yang pertama-Kecintaan mereka kepadaku dan Aku jadikan penebus dosa diatas kesalahan yang mereka lakukan.Yang kedua,marahnya mereka kepadamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang mereka lakukan."

Maka tercenganglah Iblis saat mendengar firman daripada Allah SWT.Apa yang perlu kita sedari ialah bangkitlah daripada tidur yang panjang.Lihatlah bertapa banyaknya kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad SAW sehinggakan di akhirat kelak hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang boleh memberi syafaat kepada kita semua ::

Abhi Aufa

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari seorang sahabat. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak sahabat tetapi menyia-nyiakannya.